INFO@PSNZ: 18 SEPTEMBER 2025 – PEMBENTANGAN LAPORAN OLEH PELATIH PRAKTIKAL.
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya sesi pembentangan laporan Latihan Industri oleh Encik Muhammad Amar Danial bin Nazar, Cik Rabiatul Mardhiah binti Hanafi, Cik Nuradawiyah binti Maliki serta Cik Nur Fida Farhana daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan. Pelatih Praktikal telah menjalani latihan industri di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) bermula 27 Julai hingga 18 September 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan menamatkan latihan dengan cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ atas ucapan aluan yang disampaikan. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Ketua-ketua Bahagian dan Pustakawan PSNZ yang turut hadir mengikuti sesi pembentangan ini.
Kami warga PSNZ mendoakan semoga semua pelatih praktikal dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi. In shaa Allah.
Semoga ada kesempatan untuk kita bertemu lagi.