Universiti Malaysia Terengganu

Mesyuarat Perlaksanaan Sistem NeuCanvas

DIARI@PSNZ : 17 MEI 2026 – MESYUARAT PERLAKSANAAN SISTEM NEUCANVAS.
 
Perbincangan berkaitan setup code dan keperluan teknikal bagi pelaksanaan NeuCanvas telah diadakan pada 17 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ).
 
Mesyuarat ini memberi fokus kepada perbincangan teknikal berkaitan persediaan sistem, keperluan pelaksanaan serta penyelarasan awal bagi memastikan proses pembangunan dan penggunaan NeuCanvas dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sistematik.
 
Semoga sesi perbincangan ini menjadi langkah awal yang positif dalam memperkukuh pembangunan teknologi dan inovasi digital di PSNZ.