Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Bagi Mesyuarat & Bengkel JKPUA 2024

1 APRIL 2024 – MESYUARAT JAWATANKUASA PERSEDIAAN BAGI MESYUARAT & BENGKEL JKPUA 2024
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ bagi membincangkan berkaitan persediaan UMT dan UNISZA selaku tuan rumah untuk Mesyuarat dan Bengkel Jawatankuasa Perpustakaan Universiti Awam (JKPUA) tahun 2024 yang akan berlangsung pada 23-25 April 2024.
 
Ucapan terima kasih kepada wakil Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UNISZA yang diketuai Puan Norulhuda Makhtar, Ketua Pustakawan selaku Pengerusi Bersama. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rosli, Ketua Unit Penyelidikan Penyu. Terima kasih diucapkan atas taklimat berkenaan Stesen Penyelidikan Penyu di Chagar Hutang.
 
Semoga perancangan dan pelaksanaan program dipermudahkan.
 
Skip to content