DIARI@PSNZ: 26 JUN 2026 – MESYUARAT JAWATANKUASA PENGGUNA PERPUSTAKAAN BIL. 1/2026.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna Perpustakaan (JKPP) Bil. 1/2026 telah berlangsung pada 26 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PSNZ. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Fatimah binti Salim, menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan PSNZ. Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk perbincangan strategik, perkongsian laporan aktiviti PSNZ, serta penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan demi kesejahteraan warga kampus.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan pandangan demi penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah.