Universiti Malaysia Terengganu

Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna Perpustakaan Bil. 1/2025

PROGRAM@PSNZ : 2 JULAI 2025 – MESYUARAT JAWATANKUASA PENGGUNA PERPUSTAKAAN BIL. 1/2025.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna Perpustakaan (JKPP) Bil. 1/2025 telah berlangsung pada 2 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat PSNZ. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ dan dihadiri oleh Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Pengarah serta wakil PTJ yang berkaitan. Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk perbincangan strategik, perkongsian laporan aktiviti PSNZ, serta penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan demi kesejahteraan warga kampus.
 
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan pandangan bernas demi penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ).
Â