Universiti Malaysia Terengganu

Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU ASFA kali Pertama

PROGRAM@PSNZ : 1 SEPTEMBER 2025 – MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ASFA KALI PERTAMA.
 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ASFA Kali Pertama yang diadakan di Instituto Publico de Investigación de Acuicultura y Pesca (IPIAP) di Salinas, Ecuador pada 1 hingga 4 September 2025. Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang akuakultur dan perikanan melalui pertukaran pandangan, idea, dan maklumat strategik.
 
UMT telah diwakili oleh Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan PSNZ selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu ASFA. Turut bersama beliau menyertai mesyuarat ini adalah Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ.
 
Sepanjang mesyuarat, para peserta termasuk wakil UMT telah memberi sumbangan aktif dalam perbincangan yang disusun mengikut agenda yang akan diedarkan lebih awal. Hasil mesyuarat ini diharap dapat menyumbang kepada pencapaian objektif ASFA, memperkukuh jaringan profesional antarabangsa serta meningkatkan peranan UMT dalam memajukan bidang penyelidikan dan pengurusan maklumat perikanan serta akuakultur di peringkat global.