INFO@PSNZ: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BIL. 20, KALI KE- 13
KELAB PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. AGM ini menjadi ruang perbincangan aktiviti yang akan dilaksanakan serta penetapan hala tuju kelab bagi sesi akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah memegang portfolio sebelum ini atas komitmen, sumbangan idea dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan. Jasa dan usaha kalian amat dihargai.
Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada barisan kepimpinan baharu. Semoga Kelab Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah terus melangkah maju dan cemerlang.







