Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Syarahan Perdana Siri – 31 Tahun 2023 : Prof. Dr. Aziz bin Ahmad

23 November 2023 – Majlis Syarahan Perdana Siri- 31 Tahun 2023 : Prof. Dr. Aziz bin Ahmad
 
  Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Syarahan Perdana Siri 31: 2023 – Prof. Dr. Aziz bin Ahmad yang telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah. PSNZ merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di atas kesudian untuk hadir menyempurnakan majlis pada hari ini. Ucapan tahniah juga kepada penyampai syarahan, Prof. Dr. Aziz bin Ahmad atas perkongsian ilmu dengan bertajuk “Biochemical Engineering : A Win-Win Ecosystem for Humankind”.
  Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan juga kepada Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama UMT, Dekan-Dekan, pegawai-pegawai akademik serta warga UMT yang hadir memeriahkan majlis hari ini.
  Sekalung penghargaan juga ditujukan terutamanya kepada Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH), Pusat Ekosistem Digital (PED), Bahagian Keselamatan UMT, serta warga UMT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong dan bersama-sama mencurahkan idea dan tenaga bagi memastikan majlis mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga kerjasama dan sokongan seumpama ini akan berterusan di masa akan datang.
Â