DIARI@PSNZ: 2 APRIL 2026 – MAJLIS SANJUNGAN BUDI KETUA PUSTAKAWAN PSNZ.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, kami Warga PSNZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tuan Haji Abu Hassan bin Ghazali (Mantan Ketua Pustakawan PSNZ) atas segala jasa, bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Sesungguhnya, dedikasi, komitmen dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Tuan bukan sahaja menyumbang kepada kecemerlangan organisasi, malah menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi kepada kami semua. Segala pengalaman dan kenangan yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam ingatan kami.
Semoga perpisahan ini bukanlah suatu pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada fasa kehidupan yang baharu. Kami percaya bahawa segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki akan terus memberi manfaat, walau di mana jua Tuan berada.
Akhir kata, kami mendoakan agar Tuan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kehidupan yang penuh kebahagiaan serta ketenangan di alam persaraan.
Sekian, terima kasih.
@officialumt