Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Sanjungan Budi Encik Kamarun Bin Jusoh, Mantan Pembantu Khidmat AM PSNZ

PROGRAM@PSNZ: 29 MEI 2025 – MAJLIS SANJUNGAN BUDI ENCIK KAMARUN BIN JUSOH, MANTAN PEMBANTU KHIDMAT AM PSNZ
 
Warga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, dengan penuh takzim ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, khidmat bakti, kerjasama, iltizam dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di PSNZ. Semoga segala sumbangan ini akan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
 
Terima kasih diucapkan kepada Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ bersama Ketua-Ketua Bahagian serta semua staf yang telah hadir dalam meraikan Encik kamarun.
 
Didoakan semoga Encik Kamarun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta senangtiasa berada di bawah naunganNYA.
 
InsyaAllah umur panjang kita jumpa lagi.