Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Sambutan Aidilfitri PSNZ 2024

29 APRIL 2024 – MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PSNZ 2024
 
Sambutan Aidilfitri PSNZ pada tahun ini telah dianjurkan dengan jayanya dengan kerjasama antara Pengurusan PSNZ dan Kelab PSNZ.
 
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Mantan Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghafar, Pengurusan Universiti, Pusat Ekosistem Digital, Bendahari, Pusat Kesihatan Universiti, wakil Pusat Tanggungjawab, fakulti serta Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA.
 
Pelbagai juadah tradiisi disediakan secara potluck oleh warga PSNZ.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali ( Ketua Pustakawan PSNZ) dan juga Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi (Pengerusi Kelab PSNZ) atas penganjuran majlis yang penuh meriah ini.
 
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Mantan Ketua Pustakawan PSNZ, Encik Atip Ali yang meluangkan masa hadir serta semua Warga PSNZ yang membantu melancarkan majlis secara langsung atau tidak langsung.
 
Skip to content