PROGRAM@PSNZ : 27 JANUARI 2026 – MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT PSNZ UMT DAN KOLEJ TESDEC.
Â
Alhamdulillah, Majlis Menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) antara Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu dan Kolej TESDEC telah berjaya dilaksanakan pada 27 Januari 2026, bertempat di Aras 1, PSNZ.
Â
Majlis ini menjadi langkah signifikan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi ke arah pembangunan ilmu, perkongsian kepakaran dan pemerkasaan inisiatif pendidikan secara berterusan.
Â
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama terbina memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Â
























