DIARI@PSNZ | 23 JULAI 2026 : MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT (LETTER OF INTENT – LOI).
Majlis Menandatangani Surat Niat (Letter of Intent – LOI) antara Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (PPD Kuala Terengganu) dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung pada 23 Julai 2026, jam 1.15 petang, di Auditorium Sulaiman, PSNZ.
Majlis ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkasa budaya ilmu, pembelajaran, literasi maklumat serta pembangunan pendidikan berasaskan Pusat Sumber Sekolah yang memberi manfaat kepada warga sekolah dan komuniti.
Surat Niat tersebut telah ditandatangani oleh Encik Arman bin A. Razak, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, mewakili PPD Kuala Terengganu, dan Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah, Pendaftar UMT yang Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan, mewakili PSNZ.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang mampu memperkukuh hubungan strategik antara institusi serta memberi manfaat berterusan kepada komuniti pendidikan dan masyarakat.