PROGRAM@PSNZ: 3 JUN 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU
Program Lestari Staf Bersama Buku telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Program mingguan ini diadakan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perpustakaan serta perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal berlangsung kepada warga PSNZ.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Aida Kartini Ali, Pembantu Pustakawan Kanan PSNZ atas kupasan buku bertajuk “Penyakit Bawaan Komputer: Petua dan Panduan Pencegahan”. Semoga kupasan dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan panduan berguna kepada semua peserta.
Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu (BPSI) atas penerimaan Anugerah Bahagian Terbaik Kemas Kini Power BI Suku Pertama 2025. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua bahagian PSNZ untuk terus cemerlang.