PROGRAM@PSNZ: 1 JULAI 2026 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
Program Lestari kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Fatimah binti Salim, Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan PSNZ. Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi bin Mamat, Pembantu Pustakawan Kanan PSNZ, dengan tajuk “Bangun Pagi – Pagi Berkat Sepanjang Hari”.
Dalam program ini juga diadakan sesi penyampaian Anugerah Staf Terbaik Sukuan Pertama (Januari hingga Mac 2026).
Semoga segala ilmu dan pengisian yang dikongsikan dalam program ini memberi manfaat kepada semua warga PSNZ.