Universiti Malaysia Terengganu

Lestari Staf Bersama Buku

PROGRAM@PSNZ: 3 MAC 2026 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
 
Program Lestari Staf Bersama Buku telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Program mingguan ini diadakan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perpustakaan serta perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal berlangsung kepada warga PSNZ.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hazlina binti Ismail, Pembantu Pustakawan kanan PSNZ atas kupasan buku bertajuk “Dasyatnya Sujud”. Semoga kupasan dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan panduan berguna kepada semua peserta.
 
Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan kelab atas sumbangan kebajikan yang telah disampaikan.