PROGRAM@PSNZ: 10 FEBRUARI 2026 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
Program Lestari telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan bin Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Puan Mazlina binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan, PSNZ dengan buku bertajuk “Magnet Diri: Cipta Diri Lebih Berpengaruh Dan Berjaya”.
Selamat datang diucapkan kepada Muhammad Arif bin Harun Anuar. Beliau akan bertugas sebagai Pembantu AM Pejabat PSNZ.
Dalam program ini juga, sumbangan kebajikan telah disampaikan kepada staf PSNZ dimana ahli keluarga telah dimasukkan ke wad.
Semoga segala ilmu dan pengisian yang dikongsikan dalam program ini memberi manfaat kepada semua warga PSNZ.