PROGRAM@PSNZ: 16 DISEMBER 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
Program Lestari Staf Bersama Buku telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Program mingguan ini diadakan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perpustakaan serta perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal berlangsung kepada warga PSNZ.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Harisom Anida binti Musa, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PSNZ atas kupasan buku bertajuk “Detik Menunggu Ajal”. Semoga kupasan dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan panduan berguna kepada semua peserta.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan kelab atas sumbangan kebajikan kerana ahli keluarga dimasukkan ke wad serta kematian.
Ucapan tahniah kepada Encik Mohamad Asmawi bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan PSNZ dan Encik Che Mohamad Halim bin Jusoh, Pembantu Pustakawan Kanan PSNZ atas Anugerah Staf Terbaik Bulanan (Sukuan Ketiga : Jul – Sept 2025). Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Tahniah dan terima kasih buat semua.