PROGRAM@PSNZ : 11 NOVEMBER 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
Program Lestari kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Puan Che Senani binti Awang@ Che Ghani, Pembantu Operasi, PSNZ dengan buku bertajuk “Mengapa Doa Ditolak”.
Dalam program ini juga, sumbangan kebajikan telah disampaikan kepada staf PSNZ yang mempunyai ahli keluarga dimasukkan ke wad. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Kelab PSNZ atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.
Semoga segala ilmu dan pengisian yang dikongsikan dalam program ini memberi manfaat kepada semua warga PSNZ.