Universiti Malaysia Terengganu

Lestari Staf Bersama Buku

PROGRAM@PSNZ: 23 SEPTEMBER 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
 
Program Lestari kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Encik Che Mohamad Halim bin Jusoh, Pembantu Pustakawan Kanan, PSNZ, dengan tajuk “6 Perkara Yang Ditakuti”.
 
Dalam program ini juga, sumbangan kebajikan telah disampaikan kepada staf PSNZ yang mempunyai ahli keluarga dimasukkan ke wad, serta Penyampaian Anugerah Staf Terbaik Sukuan Kedua Tahun 2025. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Kelab PSNZ atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.
 
Semoga segala ilmu dan pengisian yang dikongsikan dalam program ini memberi manfaat kepada semua warga PSNZ.