Universiti Malaysia Terengganu

Lestari Staf Bersama Buku

PROGRAM@PSNZ: 1 JULAI 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
 
Program Lestari Staf Bersama Buku telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Program mingguan ini diadakan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perpustakaan serta perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal berlangsung kepada warga PSNZ.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Amir Abdul Khalik, Pustakawan Kanan PSNZ atas kupasan buku bertajuk “Misteri Kisah Lagenda Melayu”. Semoga kupasan dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan panduan berguna kepada semua peserta.
 
Tahniah dan terima kasih buat semua.