PROGRAM@PSNZ: 23 JUN 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
Program Lestari Staf Bersama Buku telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Program mingguan ini diadakan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perpustakaan serta perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal berlangsung kepada warga PSNZ.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Almanizam Alias, Pustakawan Kanan atas kupasan buku bertajuk “Di Sebalik 114 Nama- Nama Surah”. Semoga kupasan dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan panduan berguna kepada semua peserta.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan kelab atas sumbangan kebajikan kerana anak salah seorang ahli kelab telah mengalami kecederaan dan dimasukkan ke wad.
Ucapan tahniah kepada Cik Noor Afzan Jaafar, Pustakawan dan Puan Norhadila Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan atas Anugerah Staf Terbaik Bulanan (Sukuan Pertama : Jan – mac 2025). Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Ucapan tahniah juga kepada Puan Norsollehah binti Ahmad, Pustakawan Kanan dan Puan Nurul Ashikin Che Halim, Pembantu Pustakawan Kanan atas mendapat kedudukan ” Top * Player” di Kejohanan Dart MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu 2025.
Tahniah dan terima kasih buat semua.