Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Yayasan Warisan Johor Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

DIARI@PSNZ : 10 SEPTEMBER 2025 – LAWATAN YAYASAN WARISAN JOHOR KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
 
Pihak Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) telah menerima kunjungan empat (4) orang wakil daripada Yayasan Warisan Johor bagi membincangkan perancangan mendapatkan serta memperolehi bahan rujukan berkaitan sejarah dan hubungan antara Negeri Terengganu dan Negeri Johor. Perbincangan turut merangkumi potensi perolehan bahan berupa buku, tesis, dan dokumen relevan yang akan digunakan sebagai sebahagian daripada usaha promosi dan pengembangan sejarah Johor, khususnya menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
 
Sesi perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PSNZ bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan, serta turut dihadiri oleh para pustakawan PSNZ.
 
Delegasi turut dibawa melawat kemudahan dan bahan rujukan yang terdapat di PSNZ.
 
Terima kasih kepada pihak Yayasan Warisan Johor atas kesudian untuk hadir ke PSNZ. Insya-Allah, hubungan kerjasama antara institusi akan terus erat dan kukuh pada masa akan datang.
Â