Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan SMK Undang Rembau, Negeri Sembilan Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT

PROGRAM@PSNZ: 29 MEI 2025 – LAWATAN SMK UNDANG REMBAU, NEGERI SEMBILAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT
 
PSNZ telah menerima kehadiran pelawat daripada SMK Udang Rembau, Negeri Sembilan seramai 80 pelajar dan 8 guru pengiring. Program bermula sekitar jam 11.00 pagi.
 
Pelawat telah diberikan taklimat ringkas di Ruang Pameran dan kemudian dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil bahagian, Puan Mazlina Mazlan (BPPM), En. Mohd Asubri (BPTP), dan Puan Aida Kartini (BPTP) atas bantuan dalam pengendalian sesi lawatan ini.
 
In shaa Allah kita bersua lagi.