Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Smk Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

PROGRAM@PSNZ: 29 SEPTEMBER 2025 – LAWATAN SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL, KUALA TERENGGANU KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH.
 
PSNZ telah menerima kehadiran pelawat seramai 53 pelajar, 7 guru pengiring. Lawatan telah bermula sekitar jam 12.00 tengah hari. Pelawat telah dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ. Terima kasih diucapkan kerana pihak Pengurusan Sekolah kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Normala binti Yusoff, Ketua Pembantu Pustakawan, Bahagian Pengurusan Digital dan Kualiti, Puan Nurul Ashikin binti Che Halim, Pembantu Pustakawan Kanan Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan Maklumat dan Encik Risman bin Yusya Sutan Kayo, Pembantu Pustakawan, Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu atas bantuan taklimat semasa sesi lawatan.
 
In shaa Allah kita bersua lagi.
Â