15 JANUARI 2025 – LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN, TERENGGANU KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT
Â
PSNZ telah menerima kunjungan rombongan dari SM Sains Dungun, Terengganu seramai 129 pelajar dan 13 guru pengiring. Taklimat telah diadakan di Ruang Pameran Aras 1, PSNZ dan kemudian peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Â
Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan sekolah serta Warga SM Sains Dungun kerana menjadikan PSNZ sebagai salah satu destinasi lawatan.
Â
Terima kasih juga diucapkan kepada semua staf PSNZ yang telah membantu dalam mengendalikan program lawatan ini.
Â
Semoga segala perkongsian sepanjang lawatan ini akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.
Â
Jumpa lagi!!
Â