Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Sambil Belajar Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu

26 SEPTEMBER 2024 – LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Pada hari ini, PSNZ telah menerima kunjungan delegasi daripada SMK Dato’ Biji Wangsa, Kelantan seramai 76 pelajar dan 8 guru pengiring. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Wan Najihah, Ketua Seksyen Korporat Dan Perhubungan Luar dan delegasi telah dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2, PSNZ.
 
Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana memilih PSNZ sebagai salah satu destinasi kunjungan.
 
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.
Â