Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Program SULAM Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Pembangunan Sosial (FPEPS) Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT

PROGRAM@PSNZ: 26 JUN 2025 – LAWATAN PROGRAM SULAM FAKULTI PERNIAGAAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN SOSIAL (FPEPS) KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT.
 
PSNZ telah menerima kehadiran pelawat daripada Program SULAM FPEPS seramai 80 pelajar dan 10 guru pengiring. Program bermula sekitar jam 8.15 pagi.
 
Pelawat telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan pergerakan dan kemudian dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ. Terima kasih diucapkan kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil bahagian, Encik Amir Abdul Khalik, Pustakawan Kanan (BPTP), Puan Aida Kartini Ali, Pembantu Pustakawan Kanan (BPTP), Puan Mazlina Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan (BPPM), Encik Risman Yusya Sutan Kayo, Pembantu Pustakawan (BPSI), Encik Shazreen Jaafar, Pembantu Pustakawan (BPPM) atas bantuan dalam pengendalian sesi lawatan ini.
 
In shaa Allah kita bersua lagi.
Â