Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Peserta Program Road to Success Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM@PSNZ : 11 SEPTEMBER 2025 – LAWATAN PESERTA PROGRAM ROAD TO SUCCESS KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
 
Ucapan tahniah buat Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar (PKCP) dan UMT Holdings atas penganjuran Program “Road To Success” dan terima kasih kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan pada kali ini. Lawatan telah berlangsung sekitar jam 11.00 pagi.
 
Peserta terdiri daripada pelajar SMK Tengku Ampuan Intan Zaharah, SMK Sultan Omar, SMK Paka, SMK Durian Mas dan SMK Ketengah Jaya. Para peserta lawatan telah dibawa ke Aras 1 dan Aras 2 untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PSNZ.
 
Semoga berjumpa lagi.
Â