Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Peserta Program Kem Kepimpinan Murid Daripada SMK Rusila, Marang Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT

PROGRAM@PSNZ: 29 JUN 2025 – LAWATAN PESERTA PROGRAM KEM KEPIMPINAN MURID DARIPADA SMK RUSILA, MARANG KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT.
 
PSNZ telah menerima kehadiran pelawat seramai 88 pelajar, 3 guru pengiring dan barisan fasilitator. Lawatan telah bermula sekitar jam 2.00 petang. Pelawat telah dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil untuk memudahkan pergerakan dan kemudian dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ. Terima kasih diucapkan kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil bahagian, Encik Amir Abdul Khalik, Pustakawan Kanan (BPTP) atas bantuan dalam taklimat penggunaan Maker Room bagi sesi lawatan ini.
 
In shaa Allah kita bersua lagi.