5 OGOS 2024 – LAWATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Â
PSNZ telah menerima pelawat daripada Perpustakaan Universiti Malaya seramai 30 orang staf. Taklimat telah diadakan di EduRoom, Aras 1, PSNZ sekitar jam 9.30 pagi.
Â
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ atas ucapan aluan yang telah disampaikan serta semua Ketua Bahagian dan Pustakawan yang telah hadir.
Â
Ucapan terima kasih juga kepada Puan Shamsiah Abu Bakar, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UM serta semua yang hadir kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
Â
Semoga perkongsian maklumat, pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan, koleksi khususnya di PSNZ dapat dimanfaatkan bersama. Di samping dapat memberi peluang untuk bertukar-tukar amalan baik dan pengalaman kerja berkaitan dengan pengurusan Perpustakaan.
Â