𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌@𝐏𝐒𝐍𝐙 : 𝟐𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 – 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐈𝐘𝐀𝐇, 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐑 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐒𝐍𝐙), 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
Pada hari ini, PSNZ telah menerima kunjungan delegasi dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah seramai 32 staf. Kunjungan ke PSNZ adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pihak PSNZ dalam Pembangunan Sumber Ilmu, Jabatan Pentadbiran & Pengurusan Korporat, Jabatan Pengurusan Teknologi Perpustakaan serta Jabatan Pengguna &Perkhidmatan Maklumat.
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ dan delegasi telah dibawa melawat ke semua Bahagian di PSNZ.
Jutaan terima kasih kepada Puan Norma Said, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan semua peserta program lawatan ini kerana memilih PSNZ sebagai salah satu destinasi kunjungan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ketua bahagian dan warga PSNZ yang telah hadir dan turut serta sepanjang program ini berlangsung.
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.