Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Penandaarasan Jk Pemandu Open Science Umt Ke Universiti Sains Malaysia

15 OGOS 2024 – LAWATAN PENANDAARASAN JK PEMANDU OPEN SCIENCE UMT KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
 
Jawatankuasa Pemandu Open Science UMT telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia pada 29 Julai 2024 yang diketuai oleh Profesor ChM. Dr. Marinah binti Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selaku Pengarah. Turut bersama barisan ahli jawatankuasa, Profesor Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi, Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam, En. Abu Hassan Ghazali, Pn Harisom Anida Musa, En. Nordin Abd. Rasid, Pn. Wardah Nazihah Othman serta Pn. Noor Juliana Abd Latif.
 
Lawatan ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Habibah A. Wahab, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama dengan Pn Arinawati Ayob, Ketua Pustakawan USM.
 
Antara objektif lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman pihak USM mengenai:
  • Penubuhan Open Science
  • Jawatankuasa dan tanggungjawab
  • Polisi dan garis panduan
  • Pengurusan Data Penyelidikan
  • Aktiviti- aktiviti sokongan

Â