Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Penandaarasan Barisan Kepimpinan Kolej Vokasional/Sekolah Teknik Zon Selangor & Kuala Lumpur Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

24 Januari 2024 – LAWATAN PENANDAARASAN BARISAN KEPIMPINAN KOLEJ VOKASIONAL/SEKOLAH TEKNIK ZON SELANGOR & KUALA LUMPUR KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH.
 
PSNZ telah menerima kunjungan pelawat yang terdiri daripada barisan kepimpinan Kolej Vokasional/Sekolah Teknik Zon Selangor & Kuala Lumpur melibatkan seramai 44 kakitangan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat berkenaan aspek pengurusan perpustakaan dan pusat sumber, sumber rujukan, fasiliti yang disediakan serta lain-lain ilmu berkaitan perpustakaan diketuai Encik Ahmad bin Abdul Razak, Pengarah KV Sungai Buloh merangkap Pengerusi Zon KVSMT Selangor dan Kuala Lumpur. Rombongan telah disambut oleh Ketua Pustakawan PSNZ, Tn. Haji Abu Hassan Ghazali dan pelawat kemudian diberikan taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah di Auditorium PSNZ dan seterusnya dibawa untuk melihat kemudahan perpustakaan di aras 1 dan 2.
 
Terima kasih diucapkan kepada rombongan kerana memilih dan menjadikan PSNZ sebagai satu lokasi lawatan berilmiah.
 
In Shaa Allah. Kita bersua lagi pada masa akan datang.
 
Skip to content