Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Ilmiah Peserta Program “Perakaunan Sebagai Kerjaya: Perjalanan Anda Bermula Di Sini”

10 November 2023 – Lawatan Ilmiah Peserta Program “Perakaunan Sebagai Kerjaya: Perjalanan Anda Bermula Di Sini”.
 
PSNZ telah menerima kunjungan pelawat yang terdiri daripada peserta program (SMKA Sheikh Abdul Malek) anjuran Kelab HISAAC, FPEPS. Program lawatan ini melibatkan seramai 30 pelajar dan 3 guru pengiring dan 20 orang pelajar UMT yang terdiri daripada ahli Kelab Himpunan Siswa Siswi Perakauanan (HISAAC) . Pelawat telah diberikan taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah di Ruang Pameran, PSNZ dan kemudian di bawa melawat ke aras 1 dan 2.
 
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Wan Zuriati Wan Zakaria, Ketua Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT menjadikan PSNZ sebagai satu lokasi lawatan berilmiah.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru,pelajar dan Kelab Himpunan Siswa Siswi Perakauanan (HISAAC) atas kerjasama yang telah diberikan.
In Shaa Allah. Kita bersua lagi pada masa akan datang.
 
SMKA Sheikh Abdul Malek 16
SMKA Sheikh Abdul Malek 17
SMKA Sheikh Abdul Malek 20