PROGRAM@PSNZ: 7 OKTOBER 2025 – LAWATAN DELEGASI PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH.
Lawatan Delegasi PNMB ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah disambut oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Tn. Hj. Abu Hassan bin Ghazali.
Delegasi kemudian di bawa ke Bilik Synergy 2 untuk sesi taklimat dan perbincangan ringkas bersama barisan pustakawan PSNZ berkaitan sumber digital di perpustakaan.