Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Bimbingan & Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SMK Tok Jembal

PROGRAM@PSNZ : 14 JULAI 2026 – LAWATAN BIMBINGAN DAN KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK TOK JEMBAL.
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Lawatan Khidmat Bantu ke Pusat Sumber Sekolah (PSS), SMK Tok Jembal sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama serta berkongsi kepakaran dalam pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah.
 
Program telah dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua SMK Tok Jembal, yang mengalu-alukan kehadiran delegasi PSNZ serta menzahirkan penghargaan atas kesudian berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan.
 
Delegasi PSNZ telah diketuai oleh Encik Ahmad Abd. Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah. Dalam ucapannya, beliau turut menekankan kepentingan jaringan kolaborasi yang strategik antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah dalam memperkasakan budaya ilmu, literasi maklumat serta kecemerlangan pengurusan pusat sumber.
 
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat serta membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pada masa hadapan.
 
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga SMK Tok Jembal atas layanan mesra serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi lawatan berlangsung.