Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Berpandu Ke Psnz Sempena Program Lawatan Jejak Budaya Terengganu Pelajar China

14 MEI 2024 – LAWATAN BERPANDU KE PSNZ SEMPENA PROGRAM LAWATAN JEJAK BUDAYA TERENGGANU PELAJAR CHINA
 
PSNZ telah menerima kehadiran 20 orang pelajar daripada 4 buah universiti di China yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu di USM sempena program Jejak Budaya Terengganu. Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengenalan kepada pelajar-pelajar tentang variasi kebudayaan orang melayu di Terengganu.
 
Rombongan pelajar ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong, Pensyarah Kanan Bahagian Pengajian Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM diiring oleh Dr. Mazlina Ahmad, Pensyarah Jabatan Bahasa dan Komunikasi,
Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) UMT selaku Pengarah Program Lawatan Jejak Budaya Negeri Terengganu.
 
Terima kasih diucapkan kepada rombongan kerana memilih Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah sebagai salah satu destinasi lawatan bermaklumat.
 
Skip to content