Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Bermaklumat Sambil Belajar Ke Universiti Malaysia Terengganu Pelajar Tahun 6 SK Gondang, Marang.

4 Februari 2024 – Lawatan Bermaklumat Sambil Belajar Ke Universiti Malaysia Terengganu Pelajar Tahun 6 SK Gondang, Marang
 
PSNZ telah menerima kunjungan pelawat yang terdiri daripada guru dan murid SK Gondang, Marang. Program lawatan ini melibatkan seramai 39 pelajar tahun 6 dan 5 guru pengiring. Pelawat telah diberikan taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah di Auditorium, PSNZ dan kemudian di bawa melawat ke aras 1 dan 2.
 
Terima kasih diucapkan kepada SK Gondang menjadikan PSNZ sebagai satu lokasi lawatan bermaklumat.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru,pelajar dan staf PSNZ atas kerjasama yang telah diberikan.
 
In Shaa Allah. Kita bersua lagi pada masa akan datang.
 
Skip to content