Universiti Malaysia Terengganu

Kursus Pengurusan Penyiaran & Pengendalian Live Streaming

PROGRAM@PSNZ : 15 – 16 JUN 2026 – KURSUS PENGURUSAN PENYIARAN – PENGENDALIAN LIVE STREAMING.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kursus Pengurusan Penyiaran: Pengendalian Live Streaming yang telah berlangsung pada 15 hingga 16 Jun 2026, bertempat di Bilik iCLS dan Studio Mini, PSNZ.
 
Penghargaan khusus ditujukan kepada para fasilitator jemputan Encik Che Ku Baharuddin bin Che Ku Ismail, Pejabat Komunikasi Korporat UMT, Encik Abdul Manaf bin Ahmad, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT dan Encik Muhammad Uzaini bin Abdullah Hazam, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT yang telah berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran sepanjang kursus ini.
 
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasa kemahiran pengurusan penyiaran dan pengendalian siaran langsung yang lebih profesional, kreatif serta berimpak tinggi.
 
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga kita berpeluang untuk terus bekerjasama pada masa akan datang.
Â