PROGRAM@PSNZ: 18 JUN 2025 – KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER DAN KRU MEDIA KERIS TV SMK DATO’ HAJI MOHD SAID KOLABORASI BERSAMA PSNZ UMT
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat, dan Tuan Haji Zakaria bin Sulong, Pengetua SMK Dato’ Haji Mohd Said atas ucapan aluan yang telah disampaikan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan SMK Dato’ Haji Mohd Said atas jemputan dan kerjasama yang diberikan kepada PSNZ bagi menjayakan program ini.
Program telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Sumber, Bilik Seminar dan Makmal Komputer sekolah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Dalam program ini, para peserta telah didedahkan berkenaan asas pengurusan pusat sumber sekolah yang meliputi asas pusat sumber, proses pengkatalogan dan pengkelasan serta proses baik pulih bahan. Krew media Keris TV SMKDHMS pula didedahkan dengan teknik pengendalian kamera dan fotografi serta asas penyuntingan video.
Terima kasih kepada semua barisan fasilitator, guru-guru media dan perpustakaan serta para peserta yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang sesi. Semoga usaha pemindahan ilmu dan kolaborasi seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasa pengurusan pusat sumber dan media di peringkat sekolah.
Terima kasih.