PROGRAM@PSNZ: 28 MEI 2025 – KUNJUNGAN ZIARAH WAKIL KELAB PSNZ DAN BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KORPORAT KE KEDIAMAN KELUARGA ENCIK HASDAN IRWAN MUDA
Salam takziah diucapkan kepada Encik Hasdan Irwan Muda atas pemergian bonda tercinta pada 26 Mei 2025. Warga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah turut bersedih dan mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kunjungan ziarah ke kediaman keluarga telah dilakukan oleh wakil Kelab PSNZ dan Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat PSNZ sebagai tanda simpati dan sokongan kepada warga kerja kami dalam saat kehilangan ini.