Universiti Malaysia Terengganu

Konyensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke 7 2024

9 OGOS 2024 – KONYENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT UNIVERSITI AWAM KALI KE 7 2024
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah dgn kerjasama Pejabat Pendaftar n Pusat Ekosistem Digital telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke 17 tahun 2024 yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
 
Kumpulan inovasi ini yang diberi nama ScoWoS telah berjaya dianugerahkan Penarafan Pingat Perak serta menggondol Anugerah Harapan Kategori Penyampaian Perkhidmatan bagi tahun 2024. Ahli kumpulan terdiri daripada Puan Zahirah A Razak (Pejabat Pendaftar), Puan Noor Hazila Hashim (Pejabat Pendaftar), Encik Wan Mohd Zailan Wan Zulkifli (Pejabat Pendaftar), Encik Mohd Nor Abdullah Md Razali (Pejabat Pendaftar), Puan Wardah Nazihah Othman (PSNZ), Puan Nurul Ashikin Che Halim (PSNZ), Encik Asmadi Ali (Pusat Ekosistem Digital) dan Encik Wan Ismail (Pusat Ekosistem Digital).
 
Sistem ScoWos merupakan sistem inovasi yang dibangunkan bagi menyelesaikan masalah pengumpulan data penerbitan ahli akademik Di UMT. Sebanyak 28 kumpulan telah bertanding Dalam Kategori Penyampaian Perkhidmatan Dan juga Kategori inovasi social.
 
Tahniah diucapkan kepada semua.