Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik

Description of this book :

Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik adalah suatu sumbangan penting untuk memahami perkembangan dan perubahan pola gabungan dalam kalangan parti-parti Melayu melalui kupasan sosiologikal yang mendalam mengenai pengalaman Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah hidup dalam beberapa gabungan politik, termasuk dengan parti bukan Melayu bukan Islam. PAS pernah dulu dilabel ekstremis tetapi sekarang dalam pemerintah kerajaan pasca Pakatan Harapan bermula 2020, iaitu dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang turut dianggotai bersama Barisan Nasional, sudah pula dilabel oleh sesetengah pihak sebagai liberal kerana selesa menganggotai Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan melupakan isu-isu keagamaan yang diperjuangkan dahulunya semasa jadi pembangkang.

Penulis telah mengupas dan menyelongkar fakta dan data dalam buku ini mengenai perjalanan PAS yang panjang semasa bersendirian, bergabung dan bertukar-tukar gabungan, evolusi prinsip serta pegangan politiknya yang masih berpaksi Islam tetapi terjemahannya dalam bentuk perilaku agak berbeza dan semakin kosmopolitan. Dalam kita dihujani oleh pelbagai analisis politik di media massa dan media sosial yang berbentuk komentar WhatsApp atau op-eds, yang singkat dan kadang-kadang dangkal, penulis dalam proses menyusur galur perjalanan PAS tersebut telah mempamerkan kesarjanaan beliau dengan menggabungkan epistemologi, ontologi dan metodologi dengan tersulam kemas sehingga berjaya menghasilkan satu tulisan berasaskan kajian (evidence-based) yang mantap untuk tatapan umum dan para penyelidik politik Malaysia.

Skip to content