INFO@PSNZ: 11 FEBRUARI 2026 – GOTONG ROYONG MENGALIHKAN PERABOT OKU DAN RAK BUKU.
Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan perabot dan rak buku untuk persediaan ruang OKU di Aras 1, PSNZ. Aktiviti ini melibatkan penyusunan semula perabot sedia ada, pemindahan buku ke rak serta memastikan ruang yang disediakan lebih selesa, selamat dan mesra pengguna.
Kerja-kerja ini bertujuan untuk menambah baik kemudahan serta memastikan ruang OKU lebih teratur, luas dan mudah diakses. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang aktiviti berlangsung.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat dihargai dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan untuk semua.
Terima kasih.