Universiti Malaysia Terengganu

Festival Ramadhan PISM x PSNZ 1447H

Alhamdulillah, sebanyak 400 hidangan makanan iftar berdulang telah selamat diagihkan kepada para jemaah yang berbuka puasa di masjid pada hari ini.
 
Juadah iftar hari ini adalah hasil sumbangan daripada warga UMT, hamba Allah serta Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT, yang terus istiqamah menyemai budaya infaq dan kebersamaan sepanjang Ramadan di Masjid UMT.
 
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab keberkatan hidup, diluaskan pintu rezeki serta diganjari pahala berterusan oleh Allah SWT.
 
Alhamdulillah. Semoga rezeki yang dikongsi ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua. Aamiin.