Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu dengan hormatnya menjemput anda ke sesi telaah dan perkongsian buku Anak Melayu di Bumi Kanggaru, sebuah memoir inspiratif tentang perjalanan seorang anak Melayu menempuh cabaran kehidupan dan pendidikan di Australia.
📘 Apa yang menarik?
✨ Kisah perjuangan dan pengalaman sebenar pelajar Malaysia di luar negara
✨ Perbincangan santai tentang kejutan budaya, jati diri & ketahanan mental
✨ Ruang dialog dan perkongsian pengalaman
✨ Inspirasi untuk pelajar, pendidik dan pencinta buku
✨ Diskaun pembelian buku sehingga 20%
📅 Tarikh: 1 Disember 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 10.00 – 11.30 pagi
📍 Tempat: Auditorium Sulaiman, PSNZ, UMT
🎟️ Penyertaan: Terbuka kepada semua warga UMT dan umum
✨ Datang dan rasai sendiri kisah perantauan yang sarat nilai, membuka minda dan penuh semangat di Bumi Kanggaru! Kami menantikan kehadiran anda. Jumpa anda di sana!