Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg Dato’/Prof./PM Dr./Dr./Tuan/Puan,
Merujuk kepada perkara yang di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah akan menganjurkan Hari Bersama Perpustakaan 2025 (PSNZ Open Day 2025) pada 30 November 2025 hingga 02 Disember 2025. Program ini akan diadakan dengan merujuk butiran berikut:
Antara aktiviti menarik yang diadakan;
Objektif utama PSNZ Open Day 2025 adalah untuk mengeratkan hubungan antara perpustakaan dan warga kampus, pelbagai agensi di sekitar, orang awam di samping mempromosikan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan kunjungan pelanggan ke perpustakaan sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan warga kampus.Maklumat lanjut berkenaan program-program ini boleh didapati melalui laman Facebook Rasmi Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah.
Semua pelajar dan staf UMT serta komuniti setempat adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan program ini.
Sekian, terima kasih.
