Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr./
JEMPUTAN KE PROGRAM TELAAH@UMT SIRI III BERSAMA PENGARANG “BENEFICIAL INSECTS : THE ECOSYSTEM GUARDIAN”
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Penerbit UMT akan menganjurkan Program Telaah@UMT Siri III: Resensi Buku “Beneficial Insects : The Ecosystem Guardian” seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 Oktober 2026 (Isnin)Masa : 10.00 pagiTempat : Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur ZahirahPengarang : Prof. Dr. Shamsul Bahri bin Abd Razak, Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA) UMT dan Encik Husni bin Che Ngah
3. Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga kehadiran serta sokongan YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat menyemarakkan lagi budaya membaca, perkongsian ilmu dan apresiasi terhadap karya ilmiah dalam kalangan warga UMT.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
