Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr./ Tuan/Puan,
PROGRAM@PSNZ : HEBAHAN PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 4/2025 – “Wanita dan Wang : Strategi Bina Ketenangan Hidup”
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah dengan kerjasama AZKA-PPZ MAWIP akan menganjurkan Program Sembang Ilmu Siri 4 yang bertajuk “Wanita dan Wang : Strategi Bina Ketenangan Hidup” yang akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh : 17 Disember 2025 (Rabu)Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hariTempat : AZKA Corner, PSNZ /Live Facebook Perpustakaan Sultanah Nur ZahirahTentatif : Sila rujuk lampiran
- Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput YBhg. Dato’ /Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program ini secara bersemuka atau atas talian serta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang akan disampaikan.
- Kerjasama dan komitmen pihak YBhg Dato’/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
